Sejarah

Lidah Buaya atau Aloe vera (Latin: Aloe barbadensis Milleer) merupakan tanaman berduri yang berasal dari daerah kering di benua Afrika. Tamanan Lidah Buaya ini telah dikenal dan digunakan sejak ribuan tahun yang lalu karena khasiat dan manfaatnya yang luar biasa.
Perkataan 'Aloe Vera' datangnya daripada Bahasa Arab 'Alloeh' yang bermaksud bahan pahit yang berkilat dan dalam Bahasa Latin pula 'Aloe' adalah pokok manakala 'Vera' pula bermaksud tulin ataupokok tulin. Pokok Aloe adalah tergolong dalam keluarga tumbuhan 'Lily'. 

Terdapat lebih 300 spesis Aloe Vera di bumi ini dan hanya beberapa sahaja yang dikenalpasti memiliki khasiat rawatan dan nutrien yang boleh digunakan. Aloe Barbadensis Miller adalah diantaranya dan yang paling banyak digunakan oleh masyarakat dunia.

Kegunaan Aloe Vera telah bermula sejak zaman purba mesir lagi oleh 'Ratu Cleopatra' dan 'Ratu Nefertiti' bagi penjagaan kecantikan dan kulit mereka. Dikatakan 'Cleopatra ' mandi didalam jel Aloe Vera setiap hari demi menjaga kecantikan beliau. 

Selain itu, bangsa Grik, Cina dan India juga telah lama menggunakan Aloe Vera untuk tujuan kesihatan dan kecantikan. Mengikut sejarah peperangan juga, dikatakan 'Alexander' pernah disuruh oleh Aristotle supaya menakluk Pulau Socorro kerana pulau itu mempunyai pokok Aloe Vera yang banyak bagi kegunaan merawat luka dan kecederaan bala tentera perangnya.

Hari ini, pokok ajaib ini  telah digunakan secara meluas dalam kosmetik, penjagaan dan perawatan kulit serta jus Aloe Vera untuk penjagaan kesihatan dalaman. 
Menurut beberapa sumber, lidah buaya (Aloe vera L) pertama kali ditemukan pada tahun 1500 SM. Lebih dari 200 species tersebar diseluruh belahan bumi, mulai dari benua Afrika yang kering dan tandus hingga daratan Asia yang beriklim tropis. Tanaman ini memang gampang tumbuh, dengan media tanah berhumus campur pasir, cukup sinar matahari dan drainase baik, lidah buaya dapat tumbuh subur.
Tanaman dari suku Liliaceae ini memang sudah di manfaatkan manusia sejak dulu. Beberapa bukti sejarah menyebutkan, bangsa Arab, Yunani, Romawi, India dan Cina telah menggunakan sebagai bahan baku obat aneka penyakit. Konon Cleopatra sudah memanfaatkan tanaman ini untuk merawat kecantikanya.
Lidah Buaya (Aloe vera; Latin : Aloe barbadensis Milleer) adalah sejenis tumbuhan yang sudah dikenal sejak ribuan tahun silam dan digunakan sebagai penyubur rambut, penyembuh luka, dan untuk perawatan kulit. Tumbuhan ini dapat ditemukan dengan mudah di kawasan kering di Afrika. Seiring dengan kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi, pemanfaatan tanaman lidah buaya berkembang sebagai bahan baku industri farmasi dan kosmetika, serta sebagai bahan makanan dan minuman kesehatan.
Secara umum, lidah buaya merupakan satu dari 10 jenis tanaman terlaris di dunia yang mempunyai potensi untuk dikembangkan sebagai tanaman obat dan bahan baku industri. Berdasarkan hasil penelitian, tanaman ini kaya akan kandungan zat-zat seperti enzim, asam amino, mineral, vitamin, polisakarida dan komponen lain yang sangat bermanfaat bagi kesehatan.
Selain itu, menurut Wahyono E dan Kusnandar (2002), lidah buaya berkhasiat sebagai anti inflamasi, anti jamur, anti bakteri dan membantu proses regenerasi sel. Di samping menurunkan kadar gula dalam darah bagi penderita diabetes, mengontrol tekanan darah, menstimulasi kekebalan tubuh terhadap serangan penyakit kanker, serta dapat digunakan sebagai nutrisi pendukung penyakit kanker, penderita HIV/AIDS.
Salah satu zat yang terkandung dalam lidah buaya adalah aloe emodin, sebuah senyawa organik dari golongan antrokuinon yang mengaktivasi jenjang sinyal insulin seperti pencerap insulin-beta dan -substrat1, fosfatidil inositol-3 kinase dan meningkatkan laju sintesis glikogen dengan menghambat glikogen sintase kinase 3beta, sehingga sangat berguna untuk mengurangi rasio gula darah.
Di negara-negara Amerika, Australia, dan Eropa, saat ini lidah buaya juga telah dimanfaatkan sebagai bahan baku industri makanan dan minuman kesehatan.





Aloe Vera juga dikenali dengan nama - 'Miracle Plant'...'Natural Healer'...'Burn Plant'...'Medicine Plant'...'Wand of Heaven'...'Plant of Life'


Aloe Vera adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai pelepah daun yang besar dan banyak pada setiap pokok. Setiap pelepah daun pula memiliki lendir jernih yang pekat didalamnya dan lendir inilah yang mengandungi pelbagai khasiat perawatan dan nutrien.

Hanya penggunaan lendir jernih ini sahaja yang boleh menghasilkan produk Aloe Vera yang bermutu tinggi kerana daun aloe tidak mempunyai sebarang khasiat. 
Aloe Vera sebenarnya tidak menyembuhkan apa-apa tetapi membekalkan segala nutrien dan vitamin yang diperlukan oleh badan supaya ia dapat kembali dengan cepat kepada proses penyembuhan semulajadi yang dikurniakan Tuhan kepada setiap manusia. 

"Aloe Vera berada di senarai teratas bagi membantu kita mencapai
tahap kesihatan bukan sahaja baik malah hebat!"



Setiap pelepah Aloe Barbadensis Miller boleh mengandungi
 - 

200 kompaun aktif, 75 nutrien, 20 mineral,
18 asid amino dan 12 vitamin